Kuah rojak klasik yang menggunakan ramuan turun-temurun pada mulanya telah diusahakan secara kecil-kecilan untuk pasaran sekitar Kuantan dengan membekalkan kepada peniaga-peniaga kecil. Percubaan yang mendapat sambutan menggalakkan telah membuatkan pemilik resepi ingin mengembangkan perusahaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Hasil dari sambutan ini membuatkan Pn. Salamah Bte Hj. Mohd Noor mengorak langkah dengan membina laman web bagi memperkenalkan produk ini kepada masyarakat global.
Selain dari itu, kami juga menerima tempahan rendang popular dari Perak iaitu Rendang Tok pada musim perayaan.Dikatakan sejarah bermulanya Rendang Tok ini adalah berasal dari Batu Gajah Perak dan lebih unik lagi penyediaan Rendang Tok ini masih menggunakan cara tradisional sebagai cara untuk memasaknya.
Sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan, membuatkan kami sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan produk kami dan terciptalah satu lagi produk baru iaitu jus minuman Rock Steady. Jus ini adalah campuran pelbagai jenis buah-buahan yang diadun secukupnya demi memastikan khasiat serta keenakannya terjamin. Walaubagaimanapun jus Rock Steady ini tidak dipasarkan ke seluruh tanah air sebaliknya hanya dijual di gerai kami di Kuantan.